Author: Kusyairi

Kanser Kepala & Leher

Kanser kepala dan leher adalah sekumpulan kanser yang terjadi kepada struktur di kepala dan leher. Ia terdiri daripada bibir, rongga mulut (termasuk lidah), rongga hidung, sinus, tekak, larink, farink dan telinga. Kanser ini berbahaya kerana ia boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan atau pemakanan. Ia boleh merebak ke kawasan persekitarannya atau ke organ lain seperti hati, paru-paru atau tulang. Namun, kanser jenis ini mempunyai peluang baik untuk sembuh jika mendapat rawatan diperingkat awal.