Biography

Dr. Ahmad Kusyairi Khalid
Dr. Ahmad Kusyairi Khalid graduated from National University of Ireland, Cork. He underwent basic surgical training in Ireland and subsequently returned to Malaysia where he pursued specialist training in Otorhinolaryngology – Head and Neck Surgery (ORL-HNS or commonly known as ear, nose and throat ENT) in Universiti Kebangsaan Malaysia.
He is currently working at Avisena Specialist Hospital, Shah Alam and UITM Specialist Center, Sg Buloh. He is also a certified Robotic ENT Surgeon as he completed the Da Vinci System Training as a Console Surgeon (Robotic Surgery for ORL-HNS) from the Intuitive Surgical and Yonsei University Hospital, Seoul, Korea. He also completed a clinical fellow attachment in Sleep Surgery at Singapore General Hospital and a clinical fellow attachment in Head and Neck Oncology Surgery at Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr Ahmad Kusyairi has been invited as speaker at international conferences such as Korea, India and Singapore. He is experienced in dealing with various ENT diseases in children and adults. Common ENT diseases include sinusitis, allergic rhinitis, tonsillitis, bleeding nose, sleep difficulties and snoring, hearing difficulties, or any problems around the ear, nose, throat or head and neck areas such as lumps.
Dr Ahmad Kusyairi Khalid telah menerima ijazah sarjana perubatan dari National University of Ireland, Cork. Sejurus tamat pembelajaran, beliau menjalani latihan pembedahan (basic surgical training) di Ireland sebelum pulang ke Malaysia dan menyambung latihan kepakaran dalam bidang Otorinolaringologi – Kepala dan Leher atau lebih dikenali sebagai Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kini beliau bekerja di Avisena Specialist Hospital, Shah Alam and UITM Specialist Center, Sg Buloh. Beliau juga merupakan Pakar Bedah Robotik terlatih di mana beliau telah menjalani latihan kepakaran robotik Da Vinci System Training (Robotic Surgery for ORL-HNS) dari the Intuitive Surgical and Yonsei University Hospital, Seoul, Korea. Beliau juga telah menamatkan subkepakaran sebagai felo dalam Sleep Surgery (masalah berkaitan tidur) di Singapore General Hospital dan juga felo dalam Head and Neck Oncology Surgery (kanser berkaitan kepala dan leher) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr Ahmad Kusyairi telah dijemput sebagai penceramah di beberapa persidangan perubatan antarabangsa seperti di Korea, India dan Singapura. Beliau berpengalaman dalam memeriksa dan merawat pelbagai jenis penyakit ENT di kalangan kanak-kanak dan dewasa. Antara contoh-contoh penyakit ENT yang biasa termasuklah masalah sinus, alahan hidung, penyakit tonsil atau sakit tekak, hidung berdarah, masalah tidur seperti berdengkur, masalah pendengaran, atau apa jua penyakit berkaitan telinga, hidung, tekak, kepala dan leher seperti bengkak di kawasan tersebut.