Author: Kusyairi

[Berita Harian] Kaedah robotik buang kanser peti suara

SUNGAI BULOH: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus melakar sejarah apabila julung kali memperkenalkan prosedur pembedahan membuang kanser larinks atau peti suara menggunakan kaedah robotik. Prosedur pertama kali dilakukan di Malaysia itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Pakar UiTM (UPSC) dan pakar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pakar Telinga, Hidung dan Mata (ENT) UPSC, Dr Ahmad Khusyairi Khalid, berkata prosedur itu dilakukan bagi membuang sel kanser tanpa perlu membuang keseluruhan bahagian peti suara pesakit. Beliau berkata, penggunaan teknik berkenaan bergantung sepenuhnya kepada usia dan keadaan kesihatan individu, selain tidak membabitkan pembedahan secara terbuka dilakukan ke atas…

AVISENA: Resdung boleh menyebabkan kulat? Betul ke?

Perkataan ‘resdung’ bukanlah sesuatu yang asing lagi. Resdung atau sinusitis merupakan penyakit yang sering dialami melalui simptom seperti kerap bersin, kegatalan pada hidung dan mata berair. Masalah resdung ini sering dianggap biasa dan kurang dipandang serius. Namun, jika penyakit ini berlarutan dan tidak dirawat dengan sepatutnya, resdung boleh menjadi lebih parah lagi sehingga menyebabkan kulat di dalam hidung. Dengan peredaran teknologi masa kini, terdapat pelbagai rawatan alternatif bagi resdung seperti prosedur endoskopi hidung iaitu menggunakan kamera bagi tujuan pembersihan rongga sinus. Saksikan penjelasan lebih lanjut tentang masalah penyakit resdung oleh Dr Ahmad Kusyairi Khalid, Pakar Perunding Bedah Telinga, Hidung dan…

Harian Metro: Batu tonsil

PROSES pembentukan tonsilolith atau lebih dikenali dengan batu tonsil boleh berlaku dalam jangka masa singkat mahupun panjang. Ia dapat dikenal pasti berdasarkan tekstur batu tonsil sama ada lembut atau keras. Mempunyai struktur berbentuk bulat rata dan tidak bersegi, tonsilolith berwarna putih kekuningan ini selalunya berlaku pada tonsil palatin yang terletak di belakang mulut serta di tonsil lingua (di pangkal lidah). Pakar otorinolaringologi (telinga, hidung, tekak, kepala dan leher), Dr Ahmad Kusyairi Khalid berkata, pembentukan tonsilolith jarang berlaku pada tonsil lain seperti ‘tubal tonsil’ (tonsil tiub) di belakang telinga atau tonsil adenoid. “Batu tonsil ini hanya berlaku pada tonsil palatin dan…

The Star: Robots ideal for surgeries on hard-to-reach areas

Ask ear, nose and throat (ENT) surgeon Dr Ahmad Kusyairi Khalid what superhuman abilities he wished he had, he’d say thinner arms and greater range of motion. The UiTM Private Specialist Centre ENT surgeon said even a common tonsillectomy (removal of tonsils) procedure can be complex because the tissues involved are small and a surgeon is usually required to reach to the back of the throat of a patient through the mouth. “This is where having really thin arms and joints that are able to rotate 360 degrees would help tremendously, but that is not humanly possible,” he said. Dr…